Pembangunan Insan Dayamaju

Lokasi Anda

Langkah Life Coaching

Langkah-langkah Life Coaching di dalam setiap sesi saya dengan pelanggan adalah berdasarkan Standard Antarabangsa yang ditetapkan oleh International Coach Federation. Standard ini telah dikajiselidik berkali-kali dan didapati berkesan untuk membantu pelanggan di dalam pelbagai situasi.

Langkah Pertama

Keselesaan (Chemistry)

Tujuan : berkenalan secara santai dengan pelanggan sehingga timbul keselesaan. 

Perbincangan suaikenal akan menjurus kepada mencari topik yang sesuai untuk Coaching.

Setengah pelanggan sudah ada topik untuk berbincang. Ada pelanggan tidak punya topik kerana dihantar oleh pihak lain seperti keluarga, majikan atau pegawai pendidikan.

Selalunya setelah sesi lancar berjalan, beberapa topik akan timbul. Topik awal biasanya akan berubah kepada yang lebih relevan oleh pelanggan.

Coach banyak mendengar dan bertanya.  Sesi yang selesa bagi pelanggan biasanya dalam tempoh kurang 1 jam.

Langkah Pertama
Langkah Kedua

Kesedaran (Awareness)

Tujuan : mendalami topik yang ada dan mencari topik paling relevan atau paling penting bagi pelanggan selesaikan.

Diperingkat kedua ini, pelanggan datang dengan fikiran yang masih kusut dengan pelbagai perkara – samada berkaitan ataupun tidak dengan masalah sebenar. Semak samun fikiran ini perlu ditebas perlahan-lahan. 

Sesi ini akan menimbulkan kesedaran pelanggan kepada perkara paling berkaitan dengan topiknya – keresahan, kebuntuan dan hasrat hasrat yang masih belum tercapai. Mana-mana yang tidak relevan akan dibincang kemudian. 

Pelanggan akan dapat menilaisemula keresahan yang mengganggu fikirannya dengan lebih mudah. Proses ini akan melegakan lagi fikiran, lalu emosinya menjadi lebih stabil.

Coach akan banyak bertanya sehingga timbul kesedaran ini. Ini peringkat sangat kritikal untuk pelanggan.

Biasanya memerlukan beberapa sesi 1-jam. 

Langkah Kedua
Langkah Ketiga

Kejelasan (Clarity)

Tujuan : menimbulkan fikiran yang lebih jelas sehingga mencetus inspirasi dan motivasi dari dalam diri pelanggan sendiri.

Ketika ini, ramai dari kalangan ahli keluarga, kenalan dan rakan setugas akan dapat melihat dan merasai perubahan positif pada diri pelanggan. Pelanggan menjadi lebih ceria dan yakin.

Di peringkat ini, keserabutan fikiran telah lega dan emosi menjadi lebih stabil. Pelanggan sudah bersedia untuk maju selangkah lagi.

Coach akan membantu  pelanggan mencari kejelasan terhadap potensi, halatuju, matlamat atau hasil yang dihasratkan di dalam hidupnya. Keyakinan baru pada diri pelanggan sangat membantu di dalam proses ini.

Biasanya pada tahap ini, hanya memerluan 1 atau 2 sesi sahaja.  

Langkah Ketiga
Langkah Keempat

Pilihan (Choice)

Tujuan : memantapkan halatuju pelanggan dan melakar pelan tindakan yang paling sesuai untuk mencapai matlamatnya. 

Pada tahap ini, pelanggan sangat seronok untuk melihat hasil kemampuannya sendiri. Beliau lebih bersedia untuk bertanggungjawab terhadap setiap tindakannya.

Coach akan membantu pelanggan untuk melakar sendiri pelan tindakan yang sesuai dan selesa untuk dirinya.

Ketika ini, pelanggan akan memilih salah seorang dari ahli keluarga atau kenalan atau majikannya sebagai rakan tanggungjawab (accountability partner). Pelanggan akan berhubung rakan sokongannya seminggu sekali untuk melapor kemajuannya dalam pelan tindakan. 

Coach juga boleh menjadi rakan sokongan tanggunjawab, secara berjadual.

Biasanya ini sesi terakhir. Tetapi ada pelanggan memerlukan 2 sesi untuk kemantapan dan keyakinan tambahan.

Langkah Keempat

Lokasi Anda

Scroll to Top